Reputasi Akademik Imperial_College_London

Kolej Imperial sering menduduki tempat ketiga teratas dalam kedudukan universiti terbaik di United Kingdom oleh Jadual Liga Universiti-universiti Britain. Senarai mutakhir menunjukkan bahawa, walaupun ia berasaskan sains, namun Kolej Imperial berkedudukan ketiga secara keseluruhannya, dan menjuarai kebanyakan senarai-senarai kejuruteraan dan perubatan. Kedua-dua akhbar The Sunday Times dan The Guardian menempatkannya pada kedudukan ketiga di United Kingdom pada tahun 2005. Akhbar Financial Times menempatkan Sekolah Perniagaan Kolej Imperial antara sepuluh teratas di Eropah . FT MBA Kolej Imperial berkedudukan nombor 1 di Eropah, dan bagi Keusahawanan, adalah 3 teratas sedunia.

Menurut jadual-jadual liga yang diterbitkan oleh Tambahan Pendidikan Tinggi Times (Times Higher Education Supplement) 2006, Imperial ditempatkan universiti kesembilan terbaik sedunia. Dalam tahun 2005 pula, akhbar sama menempatkan Kolej Imperial ke-5 bagi kejuruteraan, ke-6 bagi bioperubatan dan ke-10 untuk sains.

Imperial menduduki tempat ke-3 bagi universiti terbaik di UK oleh Panduan Univeristi Times 2007.

Kakitangan akademik dan penyelidik berjumlah sekitar 3,000. Di antara semua ini, 53 orang adalah Fellows of the Royal Society (ahli Persatuan Diraja), 57 orang adalah Fellows of the Royal Academy of Engineering (ahli Akademi Diraja bagi Kejuruteraan) dan seorang adalah perangkul pingat Fields. Anggota-anggota Kolej Imperial terdahulu yang ternama termasuklah 14 orang Nobel Laureate dan seorang perangkul pingat Fields.

Pasukan daripada Kolej Imperial telah memenangi Universiti Challenge (Cabaran Universiti) pada tahun 1996 dan 2001.